Seperti yang dijanjikan, kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak akan melaksanakan keputusan menaikkan satu tangga gaji untuk kakitangan awam di seluruh negara serta gaji minimum RM1,200 seperti yang dibentangkan dalam Bajet 2016 tahun lepas.
Kenaikan ini dijangka efektif bermula Julai 2016, atau lebih tepat, selepas umat Islam berbelanja besar untuk sambutan Hari Raya Eidulfitri.
Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah, Perdana Menteri sangat komited melaksanakan dasar transformasi yang menyeluruh termasuk dalam membela hak dan kebajikan kakitangan awam yang selama ini menjadi tulang belakang terhadap kelancaran sistem pentadbiran kerajaan di negara kita.
Katalah apa pun, beliau tetap dengan kesungguhannya itu. Syabas PM!
#KEKALBN