Pages

Wednesday 22 July 2015

PENIAGA CINA LOW YAT TAMPAR PEGAWAI KERAJAAN

Usaha kerajaan untuk membantu memulihkan perniagaan di Low Yat nampaknya akan gagal jika peniaga-peniaga Cina di situ masih mengamalkan sikap biadap dan rasis terutamanya terhadap orang Melayu. 

Terbaru, seorang peniaga Cina dirakam menampar tangan seorang pegawai kerajaan yang mengiringi seorang Menteri dalam satu lawatan rasmi ke komplek perniagaan tersebut ketika pegawai tersebut menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya. 

Rakaman tersebut yang disiarkan melalui slot berita Edition 7 di NTV7 kini menjadi viral dan dikritik oleh pelbagai pihak. 


Di bawah pula ialah perincian screenshot wajah peniaga Cina dan pegawai terbabit : 

Wajah peniaga Cina di Low Yat yang menampar tangan
pegawai kerajaan. Ehsan foto daripada blog A Karim Omar.

Jika beginilah sikapnya, SB fikir tak usahlah kerajaan membantu mereka lagi. Malaysia tak perlukan golongan peniaga yang biadap dan rasis sebegini pada bila-bila masa. 


BOIKOT LOW YAT

Tuesday 14 July 2015

LOW YAT : PEMUDA MENGAKU TIDAK BERSALAH, SYABAS!!!


Salah seorang lelaki yang ditahan oleh pihak polis selepas kejadian rusuhan di Plaza Low Yat, Shahrul Anuar Abd Aziz, 22, hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencuri telefon jenis Lenovo S860.

Syabas anak muda. Tak perlu takut atau tunduk kepada desakan atau ugutan supaya mengaku salah. Kami percaya anda bertujuh hanya mangsa keadaan yang berani menuntut hak anda ditegakkan.

Kini rakyat Malaysia sudah celik dan melihat Plaza Low Yat sebagai gudang barangan tiruan yang dijual oleh peniaga-peniaga Cina yang tamak dan tidak berhati perut. Kita wajib boikot Low Yat sampai tutup! 


BOIKOT LOW YAT

RISE OF THE 'REJECT SHOP' OF PAS - MAT SABU TUNJUK POWER

Cepat benar PAS terima balasan. 

Kalau arwah Tuan Guru Nik Aziz masih ada, tentu dia boleh lihat dengan mata kepala sendiri akan hakikat bahawa PAS kini sedang menuju kehancuran dan kemusnahan. 

Legasi perjuangan parti Islam ini yang begitu sinonim dengan Tuan Guru Nik Aziz semasa hayatnya, dengan mudah dirosakkan oleh segelintir anak-anak fikrahnya sendiri seperti Mat Sabu dan Ustaz Ahmad Awang. 

Mat Sabu & gerombolan 'barang rejek' ketika mengumumkan
penubuhan Gerakan Harapan Baru.

Selepas tewas teruk dalam pemilihan parti pada Jun 2015 yang lalu, kini mereka mengemudi gelombang perpecahan dalam PAS dengan menubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) disusuli dengan penubuhan sebuah parti politik baharu tidak lama lagi sebagai alternatif kepada PAS yang didakwa mereka sebagai tidak lagi relevan dalam kancah politik di Malaysia. 


Sementara itu, sejumlah pemimpin mahasiswa propembangkang turut dijangka akan menyertai kumpulan serpihan PAS ini. Antara muka yang telah dikenalpasti komited membantu Mat Sabu setakat ini ialah Shazni Munir, bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) Universiti Malaya dan rakan-rakan beliau yang pernah aktif dalam Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang turut kecewa dengan PAS.  

Selamat maju jaya diucapkan kepada GHB dan takziah kepada PAS. 


BOIKOT LOW YAT 

Monday 13 July 2015

RAFIZI RAMLI PENYELAMAT LOW YAT


Ni apahal pula si Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan pemimpin-pemimpin yang direjek oleh ahli PAS tiba-tiba nak jadi hero dalam kes penipuan peniaga Cina Low Yat? 

Siapa yang nak dibela oleh mereka? Peniaga yang menipu atau pembeli yang dizalimi? 

SB tak kisah kalau Cina-cina DAP back up kumpulan peniaga Low Yat yang menipu. Memang itu sudah menjadi sebahagian daripada JD mereka sebagai pemimpin DAP. 

Tapi bila muncul muka-muka Melayu seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan Khalid Samad, SB fikir ini sudah jadi isu lain. 

Sejak insiden ini bermula lagi para pemimpin pembangkang sudah bermain politik dengan mendakwa ia sengaja dirancang bagi menutup isu 1MDB. Tidakkah ini satu tuduhan yang terkutuk, semberono dan lebih dahsyat daripada menghasut? 

Tidakkah mereka melihat sendiri punca sebenar insiden ini adalah isu antara pembeli yang ditipu dan peniaga yang menipu? 

Asasnya dalam kes ini ialah penipuan oleh peniaga-peniaga Cina di Low Yat yang semakin berleluasa. Amukan 7 pemuda Melayu itu pula adalah manifestasi kekecewaan pengguna yang cepat mengesan penipuan yang dilakukan oleh Cina-cina Low Yat. 

Justeru, kepada pemimpin Melayu pembangkang khususnya Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan Khalid Samad, anda janganlah menangguk di air keruh dengan menafikan hak pengguna dalam kes ini. Malu! 


BOIKOT LOW YAT


KESATUAN MAHASISWA - PROKSI BARU PAKATAN RAKYAT (PENGENALAN)

PRU-14 yang dijangka berlangsung dalam tempoh 2 atau 3 tahun dari sekarang bakal didominasi oleh golongan muda, dengan sebahagian besar daripadanya terdiri daripada kelompok terpelajar yang cakna akan perkembangan politik semasa.

Bercakap tentang hal ini, tidak dapat tidak kita terpaksa mengakui bahawa golongan muda terpelajar ini sebahagian besarnya terdiri daripada kumpulan mahasiswa yang telah, sedang dan akan menuntut di dua puluh buah universiti awam (UA) dan ratusan buah lagi institusi pengajian swasta di seluruh negara. 

Apakah kecenderungan politik golongan ini? Sehingga kini belum ada kajian yang khusus mengukur sokongan mahasiswa-mahasiswi di Malaysia, baik terhadap kerajaan mahupun pembangkang.

Namun, umumnya, mahasiswa di Malaysia pada ketika ini lebih cenderung menaakul isu berbanding menyatakan minat secara spesifik terhadap mana-mana organisasi politik.

Keterbukaan sumber maklumat yang mudah pula diperolehi melalui pelbagai platform media sosial menjadikan mahasiswa lebih kritikal dalam menyatakan sesuatu pendapat atau idea. Tidak dinafikan, suara-suara mahasiswa adakalanya lantang, pedas dan menghiris tetapi itulah sahaja cara golongan ini memberikan signal kewujudan mereka dalam kancah politik negara.

Pun begitu, tatkala rata-rata mahasiswa memilih bersikap ‘bebas’ dan neutral (for whatever reason), terdapat juga segelintir yang lainnya memilih untuk bertindak lebih radikal atau kritikal termasuk menubuhkan gerakan-gerakan sendiri.

Sebagai contoh, muktahir ini wujud gerakan baharu yang menggunakan nama Kesatuan Mahasiswa Malaysia (KESATUAN) dengan menggabungkan lebih dua puluh buah persatuan atau pertubuhan propembangkang daripada universiti-universiti awam dan swasta seluruh negara.

Sebahagian daripada aktivis KESATUAN ketika menyertai
Konvensyen Mahasiswa Nasional 2015 di Hotel Armada,
Petaling Jaya pada 9 Mei 2015.

Sehingga kini, KESATUAN masih belum didaftarkan secara sah dan dipercayai akan kekal sebagai gerakan tidak berdaftar yang wujud kononnya sebagai suara ketiga atau pendesak dan pengimbang kepada kuasa-kuasa politik arus perdana.

Adakah gerakan ini bakal meninggalkan impak yang signifikan menjelang PRU-14? Masih terlalu awal untuk memberikan sebarang penilaian. Namun, SB percaya sedikit sebanyak kehadiran mereka akan meninggalkan kesan apatah lagi sejak dari awal penubuhannya iaitu pada 14 Mei 2015, kumpulan ini telah pun berdamping dengan pemimpin-pemimpin pembangkang seperti YB Amiruddin Shaari dan A. Samad Said serta beberapa nama lagi. 

Jelas di sini, Pakatan Rakyat sudah menyusun gerakerja awal mereka dalam memenangi hati mahasiswa di Malaysia - sesuatu yang wajar diberikan perhatian secara serius oleh parti-parti komponen Barisan Nasional khususnya UMNO.

LOW YAT BERDARAH - TERIMA KASIH MELAYU IBU KOTA!!

Salah siapa Low Yat berdarah malam ini? 

Ada pihak menunding jari terhadap penguatkuasaan yang lemah. 

Ini dakwaan yang klise setiap kali timbul isu-isu penindasan terhadap hak pengguna di Malaysia. 

Kita boleh menyalahkan penguatkuasaan yang lemah tapi adilkah kesimpulan ini jika para peniaga Cina di Low Yat dan lain-lain tempat berterusan melakukan penipuan? 

Ibarat kata orang tua-tua, sekali buat jahat, pasti nak buat lagi. 

Dalam perniagaan, bila dah nampak lubang buat untung, sampai bila-bila pun lubang itu akan digali sedalam-dalamnya walaupun ia bertentangan dengan lunas undang-undang. 

Dan bagi Cina-cina yang tak tahu hukum hakam dan nilai kemanusiaan seperti di Low Yat ini, adakah mereka peduli akan undang-undang dan penguatkuasaan? 

Ini pengalaman SB sendiri, sudah tiga kali ditipu di Low Yat. Beli Blackberry Bold 4, guna tak sampai setahun sudah padam. Bila dirujuk kembali ke kedai, pihak penjual sengaja memberikan pelbagai alasan. 

Rakan SB beli notebook Lenovo, pakai tak sampai sebulan cover keyboard sudah lekang dan sistem audio tidak berfungsi. Juga sama, bila dirujuk ke kedainya, pihak penjual berdolak dalih. Dan terakhir, SB beli pula power bank jenama Solar Gate yang kononnya original, berkualiti tinggi buatan Jepun tapi guna tak sampai 5 bulan, rosak! 

Jika penguatkuasaan dijadikan alasan, maka kejujuran bukan lagi faktor penting dan mangsanya adalah pengguna. Selamanya pengguna! 

Malam ini Low Yat berdarah bukan kerana penguatkuasaan lemah tetapi dek kerana kejujuran telah hilang dikhianati Cina-cina yang tidak berhati perut yang mengaut untung berlipat ganda dengan menipu para pembeli. 

Tahniah kepada orang Melayu di ibu kota yang berani bangkit melawan Cina-cina penindas rakyat ini. 



Sunday 12 July 2015

TERKINI!! MELAYU SERANG LOW YAT!!


Kena boikot. Itu sahaja penyelesaiannya kepada isu peniaga-peniaga di Low Yat (baca: Cina DAP) yang gemar menipu pembeli. 

Jika kebangkitan rakyat di Hong Kong bermula dengan seorang anak muda, tidak mustahil kebangkitan pengguna menolak penipuan Cina-cina di Low Yat juga bermula dengan semangat 7 orang anak muda Melayu yang berani menuntut hak mereka dikembalikan. 

Ini masanya. Ini waktunya. Kena boikot! 

Baca lagi di SINI.

Friday 10 July 2015

DEMONSTRASI DESAK NAJIB LETAK JAWATAN - MANA SHAHAR & AMAN KAMPUS MENYOROK?

Himpunan mahasiswa propembangkang desak Najib berundur.
Satu soalan, mana pergi team We Love PM? Mana pergi Shahar Abdullah? 

Tempoh hari ketika seluruh negara sedang hangat dengan demam PRU13, Shahar Abdullah selaku Presiden Alumni Aspirasi gah mengemudi jelajah Aman Kampus dengan tagline We Love PM mereka. 

Hari ini, mana pergi mereka ini? Sudah berpatah arang berkerat rotan dengan PM ke? 

SB hadir ke himpunan hambar mahasiswa propembangkang selepas solat Jumaat tadi di perkarangan Masjid Putra, Putrajaya dan melihat sendiri betapa lesunya sokongan mahasiswa terhadap Najib Razak. 

Barangkali 'hujan' tak turun, maka sang pelaba We Love PM dahulu dah tak berselera nak payung adik-adik kampus turun ke lapangan mempertahankan maruah Najib Razak muktahir ini. 

Shahar Abdullah ketika mempromosikan kempen We Love PM
melalui Aman Kampus sebelum PRU13 yang lalu, atau lebih tepat,
sebelum dilantik menjadi Ketua Pemuda ******.

Shahar dan rakan-rakanya patut tahu bahawa nama baik Aspirasi dan perjuangan Aspirasi di kampus-kampus seluruh negara telah rosak dan tercemar melalui tindakan-tindakan politiknya suatu ketika dahulu dan sekarang, dia semacam sudah lupa asal usulnya selepas mendapat jawatan yang dicita-citakan selama ini. 

Kalau beginilah moodnya, usah mimpilah mahasiswa nak sokong PM lagi! 

LELAKI BALING DAGING BABI KE DALAM MASJID

Tiga bulan penjara untuk kes serangan dan penghinaan terhadap institusi Islam, adakah adil? 

Lee Tian Chong, penyokong tegar DAP yang ditangkap kerana bertindak biadap membaling daging babi ke dalam beberapa buah masjid di sekitar Pulau Pinang pada Februari yang lalu telah dibicarakan dan dipenjarakan selama tiga bulan atas kesalahan-kesalahan yang dilakukannya itu oleh pihak mahkamah hari ini.

Tiga bulan ini pada SB, amat tidak berpadanan dengan keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh lelaki ini. 

Rumah-rumah suci Allah telah diserang, dihina dan dikotorkan dengan najis berat. Maruah umat Islam ibarat dipijak lumat. Keharmonian masyarakat bahkan telah dicabar dengan dahsyat. Apakah yang mendorong lelaki kafir ini bertindak sedemikian kalau bukan kerana sentimen kebencian yang dipupuk secara berterusan oleh pihak-pihak tertentu terhadap Islam di negara ini. 

Selepas ini, pasti kaum kerabat suku sakat kaumnya akan bangkit menjaja simpati. Maruah umat Islam akan dipijak-pijak lagi, secara berterusan. Ini hanya contoh kecil kesalahan yang telah selesai dibicarakan ketika sejumlah penghinaan yang lain senyap begitu sahaja. 

Kepada Lee Tian Chong, SB doakan semoga kamu diberikan hidayah oleh Allah SWT. 

TONY PUA PUJI LAPORAN AUDIT 1MDB

Apa yang kita tunggu selama ini dalam isu membabitkan syarikat milik kerajaan, 1MDB, bakal berakhir tak lama lagi. 

SB puji atas kesabaran pihak-pihak yang diamanahkan menguruskan isu ini terutamanya Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC). 

Semalam, laporan interim 1MDB telah dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara dan diserahkan sendiri oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang kepada Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed. 

Selama ini, pembangkang sentiasa menantikan laporan-laporan audit yang diterbitkan oleh Jabatan Audit Negara. Mereka juga sentiasa menjaja nama Tan Sri Amrin apabila berlaku sebarang penyelewengan membabitkan agensi-agensi kerajaan. 

Kali ini kita lihat, apakah pula reaksi mereka terhadap laporan audit 1MDB? Hal ini kerana, berdasarkan laporan interim tersebut, Jabatan Audit Negara, menurut Datuk Nur Jazlan, telah menyediakan laporan yang amat teliti, terperinci dan mendalam membabitkan penyata kewangan dari 2010 hingga 2014 milik 1MDB. 

Ia tentunya lebih teliti dan menyeluruh berbanding laporan-laporan bertaraf sampah yang disediakan oleh portal Sarawak Report atau WSJ yang lebih dipercayai macai-macai Anwar Ibrahim. 

PAC dalam kenyataan kepada media telah menyatakan penghargaan mereka terhadap laporan interim tersebut dan berpuas hati dengan skop analisa yang dilakukan. 

Sementara itu, laporan penuh pula hanya akan disiapkan sepenuhnya menjelang penghujung tahun ini. 

Jadi kita tunggu dan lihat apakah putar belit seterusnya daripada pembangkang selepas laporan interim ini diserahkan kepada PAC, yang turut dianggotai  wakil DAP, YB Tony Pua. 

BERHATI-HATI USAHA MERUNTUHKAN BANGSA

Oleh : MOHAMAD ABDULLAH  |  09 Julai 2015 1:20 AM   | Utusan Malaysia 

PENULIS tertarik dengan status laman sosial pakar Proto-Sejarah/ Sejarah Asia Tenggara Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Nazarudin Zainun (gambar) baru-baru ini yang mencatatkan: “Tidak perlu membunuh keseluruhan induk sesebuah parti atau bangsa jika mahu parti atau bangsa itu dihapuskan.

Cukup sekadar menghapuskan sejarah sumbangan parti atau bangsa itu, putar belit sumbangan dan sejarahnya, tokok tambah segala tindakannya agar kelihatan sedikit radikal, ekstrem dan nampak bodoh sehingga dibenci oleh anak mudanya yang enggan berfikir, sembunyikan sebab-sebab sesuatu tindakan yang diambil oleh pucuk pimpinan parti atau bangsa itu. Pastikan anak-anak muda bangsa yang menyokong parti itu bosan dengan sejarah dan sumbangan parti itu yang dianggap kolot dan konvensional. Maka lengkaplah pusingan pertama penjajahan era baharu.”

Kata Nazarudin lagi, langkah ke­dua ialah dengan memastikan fikiran mereka diserap dengan budaya-budaya lain selain daripada budaya bangsanya. Lakukan dengan cermat hingga mereka memandang baik budaya luar dan memandang jelik budaya sendiri. Tidak perlu menghormati pe­mimpin dan persoalkan semua tindakan partinya, tonjolkan ketidakadilan walaupun dibenarkan oleh undang-undang. Wujudkan rasa was-was hingga anak mudanya malu mengakui sebangsa dengan pemimpinnya. Lagi baik jika segala sumbangan dan kebijaksana­an parti atau bangsa itu dipersoalkan oleh bangsanya sendiri.

“Langkah ketiga ialah dengan mengimport kritikan dan serangan dari luar yang mendedahkan kepincangan pemimpin parti atau negara dengan apa jua dakwaan tidak kira betul atau salah. Nescaya bangsa yang anak mudanya malas membaca akan terus menyokong segala tuduhan luar tanpa mempersoalkannya dan membenci pemimpin mereka sendiri. Ketika itu lengkaplah tugas mereka bagi meruntuhkan keagungan dan kehebatan sesebuah parti atau sesuatu bangsa,” kata Nazarudin.

Ternyata pandangan sangat ber­asas dalam keadaan sekarang. Serangan-serangan peribadi dan mencari segala yang jelik dan hodoh ini, mendorong anak bangsa membenci bangsanya sendiri dan akur dengan segala fitnah yang di­tabur yang seolah-olah menjadi rutin ha­rian kita sekarang.

Media sosial dan pemberitanya menyebarkan apa jua perkara yang belum terbukti kesahihannya, penuh dramatik dan beremosi. Mesin dan kilang pengeluaran fitnah dan khabar angin aktif menghasilkan cerita-cerita baharu satu demi satu. Sebijak mana pun sesetengah dakwaan dipatahkan pada akhirnya cerita dan skrip baharu digunakan pula untuk menyambung episod demi episod. Tiada kesudahan sehinggalah akhirnya riwayat satu perjuangan menegakkan maruah bangsa dipadamkan bersama segala citra kekuatannya sekian lama.

Tidak ada usaha yang tuntas dapat dilakukan kerana masa begitu banyak dihabiskan untuk menghadapi segala cerita baharu sama ada ditulis semula skripnya, dijalinkan dengan kekuatan emosi dan siri penyiasatannya apatah lagi jika dilakukan oleh orang luar yang dianggap begitu sahih walaupun sejarah membuktikan betapa banyak musang berbulu ayam dan gunting dalam lipatan sepanjang sejarah tamadun dunia - dunia Islam mahu pun dunia Barat dan Timur.

Menguruskan fitnah dan persepsi bukanlah mudah. Apatah lagi jika strategi yang dibangunkan begitu teliti menggunakan setiap ruang dan peluang dan ditangani pula dengan emosi dan jawapan-jawapan yang menghiris perasaan rak­yat. Sesetengah jawapan yang diberi tidak dibuat dengan teliti, bersifat defensif yang memang diharapkan oleh si penulis skrip cerekarama dan kadang-kadang lebih meloyakan daripada sesete­ngah cerita merapu di layar perak.

Lihat sahaja apabila orang yang berjubah putih dan bersyarah di dalam masjid pun melatah, bercakap tanpa fakta yang sahih. Dalam media sosial misalnya klip video disebarkan memuat pandang­an seseorang yang bercakap tentang agama yang mengulas tentang keadaan semasa berkata: “Lihatlah di Jambatan Pulau Pinang yang sekarang ini makin kurang kere­tanya sebaliknya lebih ramai yang menunggang motosikal untuk jimat belanja kerana kos hidup yang tinggi berbanding dengan masa lalu”.

Soalnya sejak bila pula Jambatan Pulau Pinang kurang penunggang motosikalnya dan benarkah tidak ramai lagi pengguna menggunakan kereta kerana kos hidup tinggi. Penulis yang saban hari menggunakan Jambatan Pulau Pinang tidak pula melihat perbezaannya malah ke­sesakannya tidak pernah berkurang pun dengan kereta, bas dan lori bertali arus pada waktu awal pagi dan petang ketika datang dan balik dari kerja. Kecualilah pihak berkuasa Jambatan Pulau Pinang mengeluarkan statistik baharu perbandingannya, maka agaknya dakwaan se­perti ini bolehlah dipertimbangkan.

Tentu sahaja semua kita merasai kesan ekonomi sekarang ini. Tetapi setiap orang ada peranan yang boleh dimainkan dengan mengelakkan pembaziran dan mengurangkan perbelanjaan terhadap barangan bukan keperluan. Orang marah bila dikatakan kesesakan di pusat membeli-belah, bazar Ramadan mahu pun restoran makanan segera serta restoran di hotel mewah masih berlaku. Yang terjejas teruk tentunya kemewahan yang kita rasai sedang kita masih mampu menikmati hidangan seadanya.

Ramai sekali yang cuba menjadi wira kepada orang kampung yang dikatakan miskin dan terjejas teruk kehidupannya. Soalnya ialah apa yang boleh kita lakukan untuk membantu dalam hal ini, adakah dengan cara menabur fitnah, memburukkan orang lain dan menjatuhkan apa yang ada akan menyelesaikan semua masalah yang ada?

Kalaulah setiap orang memainkan peranannya dengan baik dan memberikan yang terbaik dalam apa yang dilakukannya dengan mengurangkan tindakan me­nyalahkan orang lain, maka banyak yang boleh dilakukan untuk semua orang seperti mana kita lihat penghakupayaan dalam menghadapi musibah banjir tempoh hari, saling membantu dan menghulur bantuan tanpa mengira perbezaan yang ada.

Hari ini semangat cinta dan sa­yangkan bangsa nampaknya makin menipis, seolah-olah tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan bangsa kita yang ada. Hakikatnya sejak abad ke-2 Sebelum Masihi, orang Melayu di dunia telah menjadi satu bangsa dagang yang hebat dan besar hingga negara China mengiktiraf sebagai dagang yang besar seperti yang dibuktikan oleh rekod sejarah yang ada.

Hal ini didedahkan melalui kajian oleh pasukan yang diketuai oleh Nazarudin tentang Kerajaan-kerajaan Melayu yang Hilang dengan menggunakan bukti catatan rekod China mahu pun bukti arkeologi yang diperoleh seperti yang terkandung dalam buku yang baharu diterbitkan – Perdagangan Dunia Melayu-China Hingga Kuriun Ke-16 Masihi: Satu Tinjauan Sejarah dan Arkeologi yang diterbitkan oleh Penerbit USM (2015).

Banyak lagi yang boleh diperkatakan tentang hal ini, namun yang pasti, kita perlu hentikan segera ­usaha memperlekeh dan meruntuhkan bangsa serta kepimpinan­nya dengan bersikap lebih bijaksana dan rasional menggunakan bukti-bukti yang sahih tanpa prasangka keterlaluan akibat kebencian yang ditanam oleh mereka yang sememangnya ingin melihat bangsa ini berpecah-belah, musnah, jatuh dan runtuh selama-lamanya.

PENULIS ialah Pengarah Pusat Media dan Perhubungan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM).

LAGI DOKUMEN PENTING BOCOR!

Berikut SB kongsikan dokumen pemahsyuran kemerdekaan negara. Boleh dikatakan, sebahagian besar rakyat Malaysia tidak pernah membaca dokumen sepenting ini. Terima kasih kepada peguam tersohor tanah air, Buzze Azam yang memuatnaik dokumen ini di FB beliau untuk tatapan kita semua. 

Pemahsyuran kemerdekaan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.
Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.
Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.
Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.
Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.
Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.
Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.
Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.
Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.
Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.
Versi Jawi

ڤمشهورن كمرديكأن

دڠن نام الله يڠ مها ڤموره لاڬي مڠاسيهاني، سڬالا ڤوجي باڬي الله يڠ مها بركواس دان صلوات دان سلام ك اتس سكالين رسول-ڽ.
بهاواسڽ كران تله تيباله ماسڽ باڬي اومت ڤرسكوتوان تانه ملايو اين منچاڤأي تارف سواتو بڠسا يڠ مرديك لاڬي بردولت سام ستيمڤل كدودوكنڽ دڠن سڬالا بڠسا سلوروه دنيا.
دان بهاواسڽ كران دڠن ڤرجنجين يڠ دسبوت نامڽ ڤرجنجين تانه ملايو تاهون 1957 يڠ دڤربوات انتارا دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين دڠن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج ملايو، مك، تله دڤرستوجوي بهاوا نڬري-نڬري ملايو، ايايت جوهر، ڤهڠ، نڬري سمبيلن، سلاڠور، قدح، ڤرليس، كلنتن، ترڠڬانو، دان ڤراق سرتا نڬري يڠ دهولوڽ ديناماكن نڬري سلت، ايايت ملاك دان ڤولاو ڤينڠ، مولاي 31 هاري بولن اوڬوس تاهون 1957، هندقله منجادي سبواه ڤرسكوتوان بهارو باڬي نڬري-نڬري يڠ برنام ڤرسكوتوان تانه ملايو.
دان بهاواسڽ كران تله برستوجو ڤولا انتارا كدوا-دوا ڤيهق دالم ڤرجنجين ترسبوت، ايايت ملاك دان ڤولاو ڤينڠ هندقله درڤد تاريخ ترسبوت ايت تمت درڤد منجادي سباهاڬين درڤد ججاهن تعلوق بڬيندا قوين، دان دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين تيدق لاڬي برحق منجالنكن اڤا٢ كدولتن بڬيندا ك اتس كدوا-دوا بواه نڬري يڠ ترسبوت ايت.
دان بهاواسڽ كران تله برستوجو ڤولا انتارا كدوا-دوا ڤيهق يڠ ترسبوت، ايايت ڤرجنجين ڤرسكوتوان تانه ملايو تاهون 1948، دان سڬالا ڤرانجين يڠ لاين يڠ اد سكارڠ انتارا دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين دڠن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج اتاوڤون ساله سأورڠ درڤد بڬيندا ايت سبلوم تاريخ يڠ ترسبوت هندقله دبطلكن مولاي درڤد تاريخ ايت، دان سموا كوات كواس دان حق دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين اتاوڤون ڤرليمين نڬري اونيتد كيڠدوم دالم نڬري-نڬري سلت اتاوڤون ڤرسكوتوان تانه ملايو سلوروهنڽ اداله تمت دڠن سنديريڽ.
دان بهاواسڽ كران دولي يڠ مها مليا بڬيندا قوين، دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج ملايو، ڤرليمين نڬري اونيتد كيڠدوم دان مجليس-مجليس اوندڠن ڤرسكوتوان دان نڬري-نڬري ملايو تله ملولوسكنڽ، ڤرجنجين ڤرسكوتوان تانه ملايو تاهون 1957 ايت برجالن كوات كواساڽ.
دان بهاواسڽ كران سواتو ڤرلمباڬان باڬي كراجأن ڤرسكوتوان تانه ملايو تله دتنتوكن منجادي سواتو كانون يڠ معتمد باڬيڽ.
دان بهاواسڽ كران ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان يڠ ترسبوت ايت، مك، اد دسدياكن شرط اونتوق منجاڬ كسلامتن حق-حق دان كاوتامأن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج سرتا حق-حق اساسي دان كبيبسن سكالين رعيت دان اونتوق مماجوكن ڤرسكوتوان تانه ملايو دڠن امان دان داماي سرتا تراتور سباڬاي سبواه كراجأن يڠ ممڤوڽاءي راج يڠ برڤرلمباڬان يڠ برداسركن ديموكراسي چارا ڤرليمين.
دان بهاواسڽ كران ڤرلمباڬان ڤرسكوتوان يڠ داداكن اوليه مجليس اوندڠن ڤرسكوتوان يڠ ترسبوت ايت تله دلولوسكن اوليه سواتو اوندڠ-اوندڠ يڠ داداكه اوليه مجليس اوندڠن ڤرسكوتوان سرتا دڠن اوندڠ-اوندڠ يڠ داداكن اوليه نڬري-نڬري ملايو دان دڠن كتتڤن-كتتڤن دالم مجليس اوندڠن نڬري ملاك دان ڤولاو ڤينڠ، دڠن دمكين ڤرلمباڬان ايت تله برجالن كوات كواساڽ ڤد 31 هاري بولن اوڬوس تاهون 1957.

مك، دڠن نام الله يڠ مها ڤموره لاڬي مها مڠاسيهاني، ساي تونكو عبدالرحمن ڤوترا ابن المرحوم سلطان عبدالحميد حاليم شه، ڤردان منتري باڬي ڤرسكوتوان تانه ملايو، دڠن ڤرستوجوان دان ڤركنن دولي-دولي يڠ مها مليا راج-راج نڬري-نڬري ملايو دڠن اين ممشهوركن دان مڠيشتهاركن باڬي ڤيهق اومت ڤرسكوتوان تانه ملايو بهاوا مولاي تيڬ ڤولوه ساتو هاري بولن اوڬوس تاهون سريبو سمبيلن راتوس ليما ڤولوه توجوه، مك ڤرسكوتوان تانه ملايو يڠ مڠاندوڠي نڬري جوهر، ڤهڠ، نڬري سمبيلن، سلاڠور، قدح، ڤرليس، كلنتن، ترڠڬانو، ڤراق، ملاك دان ڤولاو ڤينڠ دڠن ليمڤه رحمة الله سبحانه وتعالى اكن ككل منجادي سبواه نڬارا يڠ مرديك دان بردولت سرتا برداسركن كبيبسن دان كعاديلن دان سنتياس منجاڬ دان مڠوتاماكن كسجهترأن دان كسنتوسان رعيتڽ دان مڠكلكن كامانن انتارا سڬالا بڠس
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar