Pages

Friday 28 December 2012

ANAK BUAT ONAR LAGI

Hari ini ANAK membuat kacau di bangunan Felda, Jalan Semarak. Beberapa gambar untuk tatapan para sahabat.


Team ANAK bergegas berkumpul selepas selesai solat Jumaat.

Kumpulan AMAL PAS turut serta bersama ANAK 


Polis mengadakan halangan bagi memisahkan team ANAK dengan team anak Felda sejati.

Kumpulan anak Felda yang menyokong kerajaan sedang menyatakan bantahan kerana kehadiran ANAK yang berdemo bukan dianggotai oleh anak felda.



SB melihat pakcik ni membebel apabila di sedari bahawa perhimpunan hari ini bukan untuk membantah Lim Guan Eng.




Unit Amal sedang belajar menjadi Polis kerana selepas ini mereka bakal mengantikan polis yang sedia ada. 



SB terpandang sesuatu di dalam gambar ini. Rupa-rupanya unit amal ini pun ada pangkat juga. Ini pangkat 3 paku. Siapa yang anugerahkan 3 paku ni??? Nik Ajis atau Abe Hadi? OOpppsss....

"REVOLUSI BUNGA RAYA"




Monday 24 December 2012

LIDAH BERCABANG SAFWAN ANANG

Post kali ini SB ini mendedahkan lagi tentang kejahilan  yang dilakukan oleh Safwan Anang ini. Setelah pembohongan yang dilakukan di dalam kenyataannya tentang SAMM menyokong kerajaan, SB terpanggil untuk menulis tentang perkara tersbut.


1. Bolehkah Safwan Anang meminta maaf kepada seluruh mahasiswa di Malaysia selepas pengakuannya bahawa SMM bukan pembangkang?Kami melihat hal ini sangat penting.
2. Pertama, sekiranya SMM benar-benar bukan pembangkang, maka ia telah menipu kumpulan mahasiswa pro-pembangkang atau lebih dikenali sebagai Pro-M, secara terang-terangan.
3. Pro-M yang meliputi seluruh IPT bernaung di bawah SMM sejak sekian lama dan berkongsi ideologi serta pandangan politik yang selari iaitu menolak Kerajaan Barisan Nasional di semua peringkat termasuk gerakan-gerakan mahasiswa yang mesra kerajaan seperti kumpulan Aspirasi Mahasiswa.
4. Dlm menzahirkan penentangan terhadap Kerajaan Barisan Nasional ini, kumpulan Pro-M dan SMM turut menubuhkan Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) sebagai alternatif terhadap Majlis Perwakilan Mahasiswa Kebangsaan (MPPK) yang diwujudkan oleh kerajaan pusat melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sejak era mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

5. SMM juga bersekongkol dengan Pakatan Rakyat ketika melancarkan kempen Malaysia Bangkit pada Februari 2012 yang dipengerusikan oleh bekas Presiden MPM UM dari kem Pro-M, Saudara Syahid Zaini, yg juga salah seorang pimpinan SMM. Melalui kempen ini, pihak sekretariat melancarkan 9 tuntutan bersama yg bersifat anti-kerajaan.
6. Justeru bagaimana Safwan Anang, selaku Pengerusi SMM boleh mendakwa pertubuhan tidak berdaftar itu sebagai BUKAN PEMBANGKANG? Hal ini ibarat telah menipu dan mengkhianati harapan kumpulan mahasiswa pro-pembangkang di Malaysia.



7. Kedua, sekiranya SMM benar-benar bukan pembangkang, maka Safwan bertanggungjawab memohon maaf kpd seluruh mahasiswa kerana tindak tanduk mereka selama ini telah memalukan golongan ini secara terbuka.
8. Akibat pelbagai onar yang dibuat seperti menurunkan bendera DS Najib, mengalungkan bunga malai (kematian) pada potret Perdana Menteri itu, demonstrasi liar ketika kempen Anti-PTPTN dan Bersih 3.0 dan banyak lagi, nama baik mahasiswa di Malaysia telah tercemar teruk!


9. Safwan juga perlu meminta maaf kepada MPPK kerana tidak mengiktiraf pertubuhan sah ini yang telah banyak memperjuangkan isu dan kebajikan mahasiswa di M'sia. Kerana politik sempit SMM, sebahagian besar MPP dari Pro-M telah memulaukan MPPK setiap tahun.
10. Safwan perlu cuci segala dosa SMM dan membuktikan mereka BUKAN PEMBANGKANG seperti yg didakwa.

"REVOLUSI BUNGA RAYA"

LAKONAN TERBARU SAFWAN ANANG!!!

Setelah lama SB tidak menulis. Tetapi hari ini SB digerakkan hati untuk mendedahkan pembohongan Safwan Anang yang tidak habis-habis dengan lakonan gagalnya. Ikuti apa yang SB ingin dedahkan ini.


1. Apa sudah jadi dengan SMM pimpinan Safwan Anang? SMM yang merujuk kepada Solidariti Mahasiswa Malaysia didakwa oleh Safwan sebagai BUKAN PEMBANGKANG. Dakwaan ini dibuat oleh beliau dalam satu wawancara panjang lebar dengan wartawan Sinar Harian edisi 23 Disember 2012. Boleh lihat link di gambar yang SB sertakan.

2. Ironinya, kenyataan terbaru ini hanya menyerlahkan sikap muka tembok kumpulan pelampau mahasiswa abad 21 di Malaysia ini kerana rakyat negara ini sama sekali tidak akan melupakan kedurjanaan yg pernah dilakukan oleh mereka sebelum ini termasuk tragedi memalukan dlm Demonstrasi Anti-PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka.

3. Justeru apakah muslihat sebenar Safwan mengeluarkan kenyataan sedemikian?

4. Safwan tidak boleh menyembunyikan hakikat penglibatan secara terbuka gerakan tersebut dgn pihak pembangkang terutamanya PKR.

5. Sejak 'berjaya' menurunkan bendera DS Najib di PWTC oleh Adam Adli dan rakan-rakannya pada penghujung tahun 2011, SMM terus mendapat sokongan oleh PKR hingga kumpulan pelampau mahasiswa ini semakin berani mencabar undang-undang negara dan kesabaran orang ramai dlm beberapa siri demonstrasi jalanan.

6. Safwan juga tidak boleh menyembunyikan peranan yang dimainkan oleh beliau dan SMM ketika menganjurkan perkhemahan Occupy Dataran bersama kumpulan pro-sosialis pimpinan Fahmi Reza rentetan Demonstrasi Anti-PTPTN tersebut.

7. Perkhemahan itu jugalah yg membawa kpd penahanan aktivis mahasiswa, Umar Muhammad, yg ketika ini ditahan di Penjara Kajang atas kesalahan menghalang tugas penguatkuasa DBKL.


8. Ironinya juga, kenyataan oleh Safwan ini dibuat ketika SMM semakin lantang berkempen membantah penahanan Umar. Dua hari lepas mereka berkhemah di luar Penjara Kajang dan terkini, perkhemahan dianjurkan sekali lagi di Dataran Merdeka.

9. Pimpinan pembangkang juga turut menyokong bantahan yang dibuat oleh SMM itu. Peguam yg juga aktivis Suaram dari PKR, Latheefa Koya dlm beberapa keyataan di twitternya turut menyokong usaha SMM dan mempertahankan Umar Muhammad. Begitu juga, pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM),Chegu Bard, turut menyokong kempen Solidariti Untuk Umar ini.

10. Sekiranya benar SMM bukan pembangkang, sudah pasti kumpulan ini tidak akan didekati pemimpin pembangkang kerana adalah diketahui, pembangkang sama sekali tidak akan menyokong mana-mana kumpulan, Ngo ataupun gerakan yg tidak membangkang kerajaan!

11. Adakah Safwan cuba bermain tarik tali dgn media arus perdana sedangkan pada masa yg sama, mereka jugalah yg menggerakkan aktiviti 'bawah tanah' dlm menyemai kebencian mahasiswa terhadap kerajaan?


12. Pendedahan ini hanya permulaan. Kami akan menghuraikan lebih banyak puzzle yg dibina oleh Safwan Anang dlm masa terdekat. Ketua pelampau mahasiswa ini wajar ditelanjangkan termasuk kaum keluarganya juga.


Nantikan episod seterusnya siapa keluarga Safwan.

Tuesday 27 November 2012

Kelab Penyokong BN IPTA


Anwar goyang, kata penyokong-penyokong BN.
Najib terdesak, kata penyokong-penyokong PR pula.

Kenapa? 

Boleh dikatakan ramai yang tertarik dengan keputusan Barisan Nasional menubuhkan Kelab Penyokongnya hari ini yang dilancarkan oleh YB Khairy Jamaluddin.

Ia dianggap transformasi penting selepas keberanian Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak memansuhkan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) pada awal tahun yang lalu yang dikatakan menyekat suara dan pandangan politik golongan mahasiswa di negara ini.

Lebih penting, ia juga bakal menjadi kayu ukur sokongan mahasiswa kita terhadap kerajaan selepas Pakatan Rakyat melancarkan Kelab Mahasiswa Keadilan (KIMAK) yang dinaungi oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Adakah pertembungan politik mahasiswa di Malaysia selepas ini akan memasuki dimensi baru?

Harapan rakyat kepada mahasiswa adalah tinggi. Rakyat sudah bosan dengan sikap dan budaya politik mahasiswa pro-Anwar yang gemar memilih jalan raya sebagai gelanggang mereka hingga menyusahkan orang ramai.

Justeru dengan penubuhan Kelab Penyokong BN IPTA ini, ia bakal mengubah sudut pandang masyarakat terhadap budaya berpolitik mahasiswa kita dengan menganjurkan nilai-nilai murni yang tinggi sesuai dengan transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri.

SB percaya, Kelab Penyokong BN IPTA ini akan berbeza 100% berbanding KIMAK yang pro-Anwar Ibrahim itu. 





Friday 2 November 2012

AES DIHARAMKAN - KRONI UMNO GIGIT JARI



Empat negeri dominasi Pakatan Rakyat sepakat mengharamkan AES. Atas alasan perlaksanaan sistem keselamatan jalan raya terbaharu itu menguntungkan kroni BN, para pemimpin di setiap negeri berkenaan sanggup mengenepikan nyawa rakyat hanya kerana dendam politik. Paling lantang tentu sekali Lim Guan Eng, CM P.Pinang. Beliau antara individu yang keras menolak sistem ini. 


Di P.Pinang, terutamanya di sebelah pulau, para pemandu sebenarnya tidak perlu memandu laju kerana jarang ada ruang untuk memecut. Di sana sini jalan sesak. Anehnya, kerajaan P.Pinang dan kerajaan negeri yang lain tak pula berusaha meningkatkan ciri-ciri keselamatan jalan raya di negeri masing-masing terutamanya di jalan-jalan negeri. 

Bahkan P.Pinang dan Selangor turut mencatatkan kadar kemalangan yang tinggi saban tahun.
Sepatutnya pimpinan pembangkang melontarkan idea yang lebih bernas bukan hanya membangkang semata-mata.

Penangguhan pelaksanaan AES atas desakan pembangkang mungkin akan menyebabkan rakyat menjadi lebih keras kepala selepas ini. Diharapkan pihak kerajaan dapat mencari kaedah terbaik dalam memastikan penguatkuasa undang-undang dapat dijalankan tanpa dipengaruhi sesiapa khususnya pihak pembangkang.


TERBARU...KONSPIRASI PEMBANGKANG DIDEDAHKAN DISINI.

Thursday 27 September 2012

PANAS!!!! EDIKOUP LARI DARI POLIS??


Edikoup diburu polis? Eh macam mana pula pengadu yang kena buru? Ini pelik.

Pagi tadi sekitar jam 11.30, polis Damansara telah berkunjung ke Universiti Malaya untuk bertemu  mangsa pukul yang juga Pengerusi Pro-Mahasiswa UM itu di fakultinya. Malangnya, Saudara Edikoup Lakip Sediyanto dikatakan tiada di fakulti (tak masuk kelas ke..)

Sekitar jam 3.30 petang tadi pula, polis sekali lagi memburu Edikoup. Kali ini di rumahnya tetapi beliau masih gagal dikesan.

Justeru timbul persoalan. Kenapa orang yang membuat aduan (pengadu) yang diburu pihak polis? Ini sama sekali bertentangan dengan amalan standard pihak polis di mana pengadu biasanya datang sendiri ke balai polis untuk dirakam percakapannya.

Atau lebih tepat, pihak polis hanya memburu pesalah, bukan pengadu! Tapi dalam kes  Edikoup ini, lain pula jadinya.

SB juga hairan. Ke mana Edikoup melarikan diri? Atau bersembunyi? Ishh..ganas betul geng Penggerak UM ni sampai Edikoup yang kaki demo tu pun kecut telur!!

SB yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan kes Si Edikoup ni. Pihak polis juga barangkali sudah meragui kesahihan aduan yang dibuatnya. Kalau tak, kenapa polis terpaksa mencarinya kan? Polis ada kaedah lain yang lebih professional dalam menguruskan pengadu seperti memanggil pengadu datang sendiri ke balai.

Edikoup oh Edikoup…..apa lagi kau ni???


DALANG BERSIH KAMPUS DAN KEMUNAFIKAN PMI, GAMIS


Kemenangan besar Aspirasi Mahasiswa dalam pilihan raya kampus (PRK) tahun ini tidak menghalang SB meneruskan pendedahan tentang agenda jahat Pakatan Rakyat yang mempergunakan Pro-Mahasiswa untuk menguasai kampus-kampus di seluruh IPTA di Malaysia.

Selepas berjaya memfitnah Perdana Menteri Dato’ Seri Najib menerusi propaganda Konspirasi Ops 2020 (klik SINI), Pakatan Rakyat yang didalangi Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menggerakkan agenda lebih besar menerusi kempen Bersih Kampus.

Caranya mudah. Wujudkan persepsi kononnya Ops 2020 itu benar-benar wujud, kemudian mereka akan counter dengan melancarkan kempen Bersih Kampus bertujuan membersihkan segala ‘agenda’ jahat BN/UMNO seperti yang direkayasa oleh Biro Mahasiswa  dalam Ops 2020.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh salah seorang aktivis Pro-Mahasiswa Nasional (bukan dari kepimpinan GAMIS) yang menceritakan secara terperinci agenda tersebut kepada kami. Beliau turut menyerahkan bukti bergambar beberapa pertemuan sulit melibatkan kepimpinan AMK Pusat  dan Dewan Pemuda PAS Pusat bersama wakil Pro-Mahasiswa Nasional bertempat di Nuin Café dan beberapa lokasi rahsia yang lain.


Nuin Cafe, Bangi.

Dalam pendedahan yang dibuatnya itu, beliau memaklumkan bagaimana Saudara Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR ditugaskan sebagai penasihat utama agenda Bersih Kampus ini. Ia melalui beberapa proses rundingan yang dihadiri kepimpinan Pro-Mahasiswa Nasional termasuk Saudara Safwan Anang. Idea asal agenda ini lahir melalui ‘kebijaksanaan’ Rafizi ditambah peranan besar yang dimainkan oleh Safwan Anang dan rakan-rakan yang ketika itu masih menjawat jawatan selaku Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional.

Bagi mewujudkan kesan yang lebih besar dan meyakinkan, mereka telah menyenaraikan beberapa nama sebagai pemantau agenda ini melibatkan gabungan kepakaran mahasiswa dan pemimpin parti-parti politik daripada PKR dan PAS. Rujuk gambar di bawah seperti yang didedahkan oleh aktivis mahasiswa tersebut.


BERSIH KAMPUS ATAU TAWAN KAMPUS??

Berdasarkan butiran yang diberikannya ini, jelas sekali wujud pembabitan secara langsung daripada bekas Presiden MPM UM, Saudara Syahid Zaini yang diberikan tugas membina jaringan  dalam kalangan mahasiswa  baru di samping mengepalai demonstrasi.

Perkara ini dibuktikan melalui peranan yang dimainkan oleh Syahid Zaini selaku Pengerusi Sekretarit Malaysia Bangkit yang pernah digerakkan oleh beliau pada awal tahun yang lalu. Agenda Malaysia Bangkit ini antara lain membuat 9 tuntutan yang perlu ditunaikan oleh Kerajaan Pusat sebelum mengadakan PRU termasuk pendidikan percuma, pengangkutan percuma dan elaun sara hidup percuma kepada setiap rakyat.

Syahid Zaini juga mengepalai beberapa siri demonstrasi seperti Anti-PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka bersama Adam Adli, Syukri Razab, Khalid Ismath dan lain-lain serta Demonstrasi Batu Nesan di hadapan bangunan Kementeria Pengajian Tinggi (KPT) di Putrajaya pada awal tahun yang lalu.

Lebih mengejutkan, agenda Bersih Kampus yang kononnya menuntut pilihan raya kampus bebas pengaruh parti politik luar ini turut melibatkan campur tangan langsung daripada Ketua Biro Mahasiswa, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Saudara Saifullah Zulkifli dan wakil PAS, Ustaz Abdullah Abdul Karim yang sebelum ini diketahui berperanan sebagai moderator Gamis untuk PRK yang dilantik di bawah kuasa Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP).

Perkara ini menjadi bukti jelas bahawa Pro-Mahasiswa Nasional sememangnya berkerjasama dengan parti-parti politik Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Aspirasi Mahasiswa. Ia sama sekali berbeza dengan dakwaan dan tuntutan mereka selama ini untuk mewujudkan pilihan raya kampus yang bebas pengaruh mana-mana parti politik.

Kemunafikan ini juga pernah diulas oleh SB dalam entri terdahulu, klik SINI. Seperti yang kita semua sedia maklum, Presiden GAMIS, Saudara Akram Ikrami turut terlibat dalam perancangan sulit ini. Malah Akram sendiri tahu kewujudan campur tangan langsung PAS dalam gerakan Persatuan Mahasiswa Islam di seluruh kampus dan GAMIS sendiri amnya di peringkat Nasional melalui pendedahan surat bertarikh 9 Mac 2000 seperti di bawah ini.



Tetapi kenapa Akram sanggup menyembunyikan kebenaran ini? Atau atas nama harakah perjuangan maka ia menjadi halal?

Apa-apa pun inilah bukti jelas Konspirasi Bersih Kampus. Penglibatan secara langsung Pakatan Rakyat dalam gerakan Pro-Mahasiswa bukan lagi rahsia. Pelbagai insiden turut dirancang termasuk kejadian ‘serangan’ ke atas Pengerusi Pro-Mahasiswa UM, Saudara Edikoup baru-baru ini. SINI.

Anda masih percaya Pro-Mahasiswa itu bersih dan bebas?

KENAPA PRO-MAHASISWA SUDAH TIDAK RELEVAN??


DIPERTANDINGKAN : 620 KERUSI

DIMENANGI : 543 KERUSI

Inilah rekod kejayaan besar Aspirasi Mahasiswa dalam sesi Pemilihan MPP/MPM Sidang Akademik 2012/2013 di seluruh negara. Kecuali UM dan UKM, Aspirasi menguasai kesemua kampus – suatu pencapaian yang amat luar biasa di sebalik pelbagai asakan kumpulan mahasiswa propembangkang yang bertanding atas nama Pro-Mahasiswa.

Adakah ia petanda jelas kebangkitan Aspirasi? Mengarut! Aspirasi, dengan berkat usaha dan bantuan daripada Allah SWT, belum jatuh. Yang sedang jatuh ialah Pro-Mahasiswa. Saban tahun Aspirasi Mahasiswa mencatatkan kejayaan demi kejayaan dan saban tahun itulah, Pro-Mahasiswa terus merudum.

Petandanya jelas, bahawa Pro-Mahasiswa sudah tidak relevan. Budaya politik yang cuba diketengahkan dalam kalangan mahasiswa di negara ini yang diambil secara langsung daripada budaya berpolitik mahasiswa di Indonesia seperti demonstrasi jalanan, anarkisme, antiestablisment dan sebagainya, ditolak oleh majoriti mahasiswa kita.

Walaupun hasrat dan matlamat mereka baik, namun kaedah yang digunakan tidak menggambarkan kemampuan sebenar golongan intelektual kampus di sini yang sepatutnya boleh bertindak lebih baik seperti yang dianjurkan oleh kumpulan Aspirasi Mahasiswa.

Aspirasi Mahasiswa tidak menolak budaya berhimpun untuk menyatakan suara, pendapat, sokongan atau bantahan. Tetapi konsep yang dipraktikkan selalunya lebih baik seperti baru-baru ini, Gabungan Siswa Merdeka menganjurkan Perhimpunan Suara Merdeka Siswa.

Perhimpunan ini adalah manifestasi jelas perjuangan rasional, toleransi dan realistik kumpulan Aspirasi Mahasiswa yang cintakan keamanan. Ia kontradiks sama sekali jika dibandingkan dengan Himpunan Bersih Kampus dan demonstrasi malam merdeka baru-baru ini yang dianjurkan Pakatan Rakyat dan disokong Pro-Mahasiswa Nasional.

Itu cuma dua contoh mudah. Kalau ditelusuri kembali rekod kebiadapan Pro-Mahasiswa sejak penghujung tahun lalu hingga ke hari ini, sudah cukup untuk kita membuat kesimpulan bahawa Pro-Mahasiswa bukanlah gerakan yang ideal untuk jagat siswa di Malaysia.

Mereka berhimpun di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menyerahkan memorandum dan batu nesan kepada Menteri Pengajian Tingggi, Dato’ Seri Khalid Nordin. Mereka juga berdemonstrasi dengan liar dan ghairah ketika menuntut pemansuhan PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka.

Dalam demonstrasi tersebut juga mereka telah menunjukkan sikap rendah kualiti sebagai golongan terdidik sahsiah diri apabila memaki hamun dan menggelarkan dengan pelbagai gelaran terhadap pemimpin negara. Masih terngiang-ngiang di telinga kita gelaran seperti ‘mendiang’, ‘jahanam’, ‘celaka’. ‘puaka’ dan pelbagai lagi cacian yang hina diberikan kepada Dato’ Seri Mohd Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Adakah ini suara dan manifestasi jiwa merdeka mahasiswa kita?

Belum cukup di situ, kumpulan Pro-Mahasiswa juga turut terlibat secara langsung dalam Rusuhan 28 April BERSIH 3.0, malah menjadi front dalam demonstrasi paling celaka dalam sejarah baru negara kita itu.

Adakah golongan sebegini yang kita perlukan sebagai pemimpin mahasiswa?

Jawapannya sudah kita perolehi. 534 kerusi yang dimenangi oleh Aspirasi Mahasiswa di seluruh negara itu adalah bukti jelas bahawa majoriti mahasiswa sedang bersolidariti mencintai keamanan dan menolak budaya politik jahiliah yang dibawa oleh Pro-Mahasiswa!

Allahuakbar!!
Allahuakbar!!
Allahuakbar!!

Alhamdulillah. Kami berterima kasih kepadaMu Ya Allah kerana menyelamatkan kami semua daripada pemimpin-pemimpin rosak akhlak dalam kalangan Pro-Mahasiswa.

Kejayaan besar Aspirasi Mahasiswa kali ini wajar diraikan. Bukan bermakna kita sudah selesa, tetapi ia adalah sesuatu yang manis kerana kita telah berjaya merempuh halangan besar kebobrokan politik gerombolan anarkis Pro-Mahasiswa hampir di kesemua kampus termasuk di Universiti Malaya.

Walaupun Aspirasi Mahasiswa Universiti Malaya yang lebih dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa belum Berjaya membentuk MPM, tetapi usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan hingga menafikan majoriti mudah Pro-Mahasiswa di sana amat membanggakan kita semua.

Semua tahu hakikat ini, bahawa Pro-Mahasiswa di Universiti Malaya amat kebal dan ampuh tetapi bagi pejuang-pejuang aspirasi di sana, tiada yang mustahil. Solidariti sebenar telah ditunjukkan oleh para Penggerak dan kita akhirnya menempa kejayaan paling berharga ini. Menang 19 kerusi ketika Pro-Mahasiswa cuma mampu meraih 20 kerusi sahaja, menjadikan Penggerak UM lebih bersedia mengambil alih MPM pada PRK akan datang.

Apa-apa pun, perjuangan ini belum selesai dan tidak akan pernah selesai selagi Pro-Mahasiswa terus wujud. Kita tidak mengharapkan mereka segera ditalkinkan, tetapi kita amat berharap kebiadapan mereka itu dikuburkan dan digantikan dengan persalinan baru yang lebih ideal. Kita amat menantikan lawan yang benar-benar berkualiti, bukan lawan yang boleh dipungut di jalanan.

POLIS KENA TEMBAK SIAPA NAK BELA??




SEMPAT BALAS TEMBAKAN WALAUPUN CEDERA PARAH

2 anggota polis MPV dari IPD Brickfields parah selepas ditembak sekumpulan penjenayah di Jalan Kuchai Lama, lewat petang semalam.

Kedua-dua anggota yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah, menahan sebuah kereta yang berada dalam keadaan mencurigakan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuchai Lama menuju ke Lebuhraya Maju (MEX) sebelum 2 lelaki yang berada di dalam kereta tersebut secara tiba-tiba melepaskan beberapa das tembakan hingga menyebabkan Kpl Nor Azlan Abu Bakar, 41, cedera di leher manakala Kpl R Subramaniam, 52, parah di perut.

Meskipun tercedera, kedua-dua anggota itu sempat melepaskan beberapa das tembakan balas sebelum rebah di tempat kejadian. Kedua-dua mereka dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan dan dilaporkan stabil. Pihak polis sedang giat mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.


Sumber : Akhbar Berita Harian
Dipetik dari : FB Rasmi PDRM


Mana pejuang-pejuang hak asasi manusia?? SUARAM, BAR, PKR, DAP, PAS...mana anda semua? 

Wednesday 26 September 2012

SEUNTAI KATA UNTUK DIRASA - TAHNIAH ASPIRASI MAHASISWA!!


Bangun pagi
Gosok gigi
Syukur Aspirasi
Menang Lagi...

Tahniah SB ucapkan kepada semua jentera penggerak Aspirasi Mahasiswa seluruh kampus yang berjaya meraih kemenangan bergaya.

Ini adalah bukti perjuangan kita di landasan yang benar. Usaha kita selama ini telah dibalas dengan kejayaan yang manis.

Kepada jentera penggerak di UIAM dan UM, teruskan berkerja. Jentera UKM, jangan kecewa. Ini adalah pengajaran berguna untuk kita juga. Mantapkan semula saf perjuangan. Tahun depan kita lawan lagi!

Allahuakbar!!
Allahuakbar!!
Allahuakbar!!

Alhamdulillah. 

Tuesday 25 September 2012

SELAMAT MENGUNDI


Hari ini, mahasiswa-mahasiswi seluruh negara akan membuang undi untuk memilih kepimpinan baharu dalam Majlis Perwakilan Pelajar/Mahasiswa (MPP/M). Selepas 5 universiti selesai mengadakan pemilihan, baki 15 buah IPTA lagi akan menjalankan proses tersebut hingga jam 5 petang ini.

Kempen sudah giat dijalankan. Kini tiba masanya anda semua membuat pilihan terbaik untuk masa depan universiti dan jagat mahasiswa yang lebih baik dari hari ini dan semalam.

Pro-M sudah terbukti bukan pilihan yang bagus. Mereka adalah proksi utama pembangkang di dalam kampus. Mereka menganjurkan budaya politik jalanan dan anarkisme. Mereka memilih untuk berkonfrantasi dengan pihak universiti tanpa asas. Kenapa jadi begitu? Semuanya kerana hasutan parti-parti pembangkang di luar kampus yang mengajak mahasiswa membenci pemerintah dan segala agensi di bawahnya termasuk universiti kita sendiri.

Jika ada masa, anda selongkarlah arkib artikel di dalam blog Suara Baru ini. Pelbagai catatan peristiwa dan fakta telah SB tampilkan untuk perhatian mahasiswa mahasiswi sekalian. Blog ini tidak akan berhenti di sahaja. Sekali SB melangkah, SB akan terus maju tak mengira musim dan waktu.

Lebih banyak pembongkaran akan dilakukan atas nama perjuangan untuk kebaikan dan masa depan kita semua. Tolak Pro-M jika anda benar-benar sayangkan universiti!!



PENGERUSI PRO-M DIPUKUL ORANG SENDIRI?

SB terkejut selepas membaca entri pagi buta blogger Malaysia Bangkit sebentar tadi. Klik SINI. Pagi-pagi lagi dah spoil mood nak turun mengundi. Apa ni? Tak habis-habis lagi Pro-M ni nak buat kacau?

Kalau di USM, PMI bergelut menafikan penglibatannya dalam Pro-M, yang semua orang pun dah tahu dan sedia maklum pun akan hakikatnya, di UM lain pula cerita. Pro-M di UM kekal dengan budaya Menipu (Pro-M = Pro-Menipu). Cuma kerja menipu tu agak kurang cerdik berbanding di USM yang lebih suka berhujah dan memutar belit kata-kata.

Ceritanya, si Pengerusi Pro-M UM, yang juga Pengerusi Pro-M Nasional (kan SB dah kata, apa-apa yang berlaku di UM akan memberi impak di universiti lain termasuk pengaruh kepimpinan tertinggi dalam Pro-M sendiri), Saudara Edikoup Lakip Sediyanto, mendakwa telah dipukul oleh para Penggerak UM. 


Hebat sangatkah Edikoup ni sampai perlu dipukul? Ini kelakar. Mood nak berblogging SB pun jadi tak keruan sebab bercampur-baur rasa geram dan lucu.

SB kenal para Penggerak di UM termasuk ketuanya, Saudara Marwan. SB amat yakin dengan semangat yang ditonjolkan oleh mereka untuk menawan semula kampus UM daripada terus digerhanai kepimpinan Pro-Mahasiswa. Tapi bukan dengan cara begini. Kenapa? Kerana Penggerak UM sudah mempunyai kekuatan sendiri untuk menang. Tak perlu hingga menyerang Pengerusi Pro-M yang banyak cakap macam Edikoup ni.

Buang masa dan tenaga serta hanya merosakkan kredibiliti Penggerak UM sahaja!

Jadi apa yang berlaku sebenarnya? Kalau Penggerak UM tak perlu sampai memukul dan membelasah hidup-hidup si Edikoup ni, jadi kenapa dia dibelasah juga? Siapa yang belasah?

Mungkin entri ini boleh memberikan gambaran awal tentang perkara ini. Klik SINI. Dalam entri ini, SB telah huraikan corak politik di UM setiap kali tiba pilihan raya kampus. Saban tahun, pasti ada cerita dan insiden yang tak sedap didengar berlaku melibatkan Pro-M. Malangnya, setiap kali itulah, nama Penggerak akan dikaitkan sama seolah-olah kumpulan Penggerak ini terlalu amat jahat. Akhirnya, Pro-M kaut undi popular dan menang mudah.

Ini modus operandi mereka. Lihat gambar di bawah sebagai beban pembuktian yang SB cuba sampaikan. 



Rentetan peristiwa/insiden yang berlaku di UM. Lihat di bawah juga.

16 Januari 2009 - Jam 5.00 pagi lebih kurang beberapa jam sebelum waktu pengundian bermula, UM digemparkan dengan penemuan dua kepala babi yang diletakkan di atas bendera PAS di dalam Surau Akademik Pengajian Islam. Surau yang juga markas dan kubu kuat PMI UM itu 'diceroboh' oleh pihak tertentu semata-mata untuk mensabotaj Pro-M, dakwa mereka. Betul ke? Macam mana kubu kuat boleh senang-senang dicerobohi? Mereka menampakkan seolah-olah Penggerak yang bertanggungjawab. Wah hebat betul Penggerak UM ni. Ada pasukan khas tindak senyap ke?

29 Januari 2010 - Pro-M berdemonstrasi membantah pengenalan sistem e-undi. Klik SINI untuk menonton aksi dan gelagat dirasuk syaitan mereka diketuai Syazni Munir, pemimpin utama PMI yang telah dibuang universiti.

17 Februari 2011 - Sekumpulan Pro-M UM merempuh Bangungan Perdana Siswa. Motif : Tidak dapat menahan sabar dan rasa marah ketika menunggu keputusan perbicaraan kes melibatkan 7 orang calon mereka yang hilang kelayakan bertanding.

21 Februari 2011 - Calon Pro-M UM, Saudari Masturah Abu Bakar hilang. SB pernah huraikan kes ini sebelum ini. Klik SINI.

Justeru perkembangan terbaru ini membuktikan lagi konspirasi terancang kumpulan Pro-M di UM dalam memenangi setiap kempen pilihan raya kampus. 

Pesoalan tentang "apa selepas ini" yang pernah SB bangkitkan sebelum ini sudah terjawab. Pro-M masih menggunakan modus operandi yang sama. Mereka akan dimangsakan sendiri untuk meraih undi simpati. Pemangsanya pula akan digambarkan sebagai kumpulan Penggerak.

Halal? 

Tidak ada masalah. Atas nama harakah perjuangan menentang musuh Allah, PMI sanggup bersekongkol termasuk menipu dan memfitnah. 

Jadi apa yang berlaku ke atas Edikoup? Sendiri pukul, sendiri buat cerita, sendiri sakit tapi sendiri menang. Menang dengan cara yang amat keji. Nauzubillah.


Monday 24 September 2012

KENAPA PMI TIDAK MAHU DIKAITKAN DENGAN PRO-MAHASISWA?


Tak putus-putus komen dan emel dikirim ke inbox SB susulan pendedahan Konspirasi Bersih Kampus. Ada yang menuduh SB sengaja mereka-reka cerita. Ada juga yang mencela SB kononnya terdesak menutup lubang busuk yang ditinggalkan oleh pihak-pihak tertentu berhubung isu Konspirasi Ops 2020.

SB tak gentar. Demi mahasiswa dan mahasiswi seluruh Malaysia, demi kebenaran dan demi perjuangan yang SB pikul ini, SB akan terus membongkar isu ini. Terlalu banyak kepincangan berlaku dalam kumpulan mahasiswa propembangkang (Pro-Mahasiswa) baik di peringkat Nasional mahupun di kampus-kampus.

SB juga teruk dikecam selepas membongkar perpecahan yang sedang berlaku dalam gerakan Pro-M di Universiti Sains Malayasia (USM). Kenyataan daripada Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) , Saudari Ummul Aiman Hj. Abd Sani yang disiarkan di blog ini semalam, klik SINI telah diputarbelitkan semula. 


PMI cuba menafikan perkara tersebut (perpecahan) sebaliknya menyokong kenyataan Saudari Ummul Aiman meskipun sudah diketahui umum bahawa Pro-M di mana-mana universiti pun ditunjangi oleh Persatuan Mahasiswa Islam.

Bagi SB, ini satu strategi terdesak PMI untuk mengaburi mata para pengundi terutamanya pelajar-pelajar Tahun 1 dan 2. Bukan hanya di USM, di universiti-universiti lain juga menyaksikan hal yang sama turut berlaku termasuk di UKM, UPM dan UM.

Situasi ini berlaku kerana PMI telah diarahkan oleh GAMIS iaitu gabungan induk bagi kesemua PMI dan lain-lain persatuan mahasiswa seumpanya di seluruh IPT supaya bergerak atas platform sendiri. Sementara platform Pro-Mahasiswa pula akan digunakan ketika berkempen dalam pilihan raya kampus sahaja. Klik SINI.


Justeru ramai yang terkejut dengan perkembangan muktahir ini. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, kepimpinan PMI di semua kampus terlalu mengagungkan Pro-M dan mahu dikenali sebagai penggerak utama Pro-M, berbanding sekarang yang mahu dilihat berkecuali.

Analisa SB mudah. Situasi ini berlaku kerana pimpinan PMI sekarang sudah rimas dengan gelagat keterlaluan Pro-M di peringkat nasional yang lebih gemar berpolitik secara keterlaluan. Antara puncanya termasuklah Demonstrasi Liar Anti-PTPTN pada 14 April 2012 dan penglibatan langsung dalam Rusuhan 28 April BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka.

Namun begitu, walau apa pun tindakan yang diambil, Persatuan Mahasiswa Islam baik di USM mahupun di kampus-kampus lain tetap tidak dapat melarikan diri daripada imej dan nama buruk Pro-Mahasiswa.

Pro-Mahasiswa juga sudah sinonim dengan label kumpulan mahasiswa propembangkang, kumpulan mahasiswa kaki demonstrasi dan kumpulan mahasiswa anti-establishment di seluruh IPT di negara kita. Terima sahaja hakikat ini! Anda boleh menipu atas nama harakah perjuangan tetapi kebenaran tidak boleh disembunyikan daripada haknya.


[VIDEO] BUKTI PMI DAN PRO-M ADALAH SAMA!!



Syazni Munir, antara pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya yang akan dikenang bukan kerana rekod baiknya, tetapi atas kebiadapannya selama memimpin gerakan mahasiswa di universiti tertua negara itu.

Dalam video di atas yang dirakamkan pada 29 Januari 2010 ketika kumpulan Pro-M UM membuat bantahan terhadap sistem e-voting, Syazni telah memimpin gerombolan mahasiswa UM yang lain merempuh pejabat Timbalan Naib Canselor dengan alasan mahu menyerahkan memorandum bantahan tersebut.

Adakah ini lambang sikap terpuji seorang pemimpin gerakan Islami? Adakah ini simbol akhlak berkualiti tinggi penganut-penganut Persatuan Mahasiswa Islam dan penyokong-penyokong Pro-Mahasiswa di UM?

Takdir Allah penentu segalanya. 

Syazni Munir akhirnya gagal dalam pengajiannya di UM. Anak muda yang pernah mendapat liputan istimewa dalam majalan I Love Islam ini telah dibuang universiti atas pelbagai kesalahan sebelum dipungut oleh Kerajaan PKR Selangor untuk melanjutkan pengajian di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Di KUIS, langkah politik Syazni Munir tidak lagi terbatas kerana dia kini mendapat sokongan penuh daripada pihak kolej dan kerajaan negeri untuk bergiat aktif dalam kegiatan politik yang bersifat propembangkang baik di dalam mahu pun di luar kampus.

Untung kan jadi Pro-M? Lembu-lembu Pakatan Rakyat ini sentiasa dibela dengan baik. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar